Saturday, April 26, 2008

Mengenai merokok

Bismillahirrahmannirrahim...
alhamdulillah..segala puji dan puja hanya pada Allah S.W.T,selawat dan salam kepada Junjungan sayyidina muhammad S.A.W..dan tidak lupa pada para sahabat,ahli keluarganya isteri-isterinya serta tabi'iin serta mereka yang mengikut nya...
penulis melihat sebahagian besar dari masyarakat kita mengamalkan tabiat merokok..walaupun mereka tahu kesan buruknya akan tetapi mereka tetap merokok juga..ada yang peranggapan bahawa merokok akan mendatangkan ketenangan dan akan memberikan tenaga pada diri...hal ini mungkin ada benarnya akan tetapi kesan buruknya lebih banyak dari kesan baiknya..

oleh yang demikian,penulis serba sedikit ingin menasihatkan kepada mereka yang masih lagi mengamalkan tabiat merokok..kerana merokok bukan sahaja haram malah kesan buruknya akan membahayakan kesihatan dan akan membawa kepada mati dan ia juga adalah satu pembaziran..maksud firman Allah S.W.T;Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara bagi syaitan..

Kebanyakan Ulamak juga mengatakan bahawa merokok adalah Haram..walaupun adalah ulamak yang mengatakan makruh akan tetapi Majoriti ulamak bersepakat tetang haramnya merokok ini..Derdasarkan"Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok"yang dikeluarkan oleh jabatan mufti sebuah negeri menyatakan bahawa;

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Oleh yang demikian penulis menyeru kepada mereka yang mengamalkan tabiat merokok,agar berhentilah dari merokok..kalau sehari kita belanjakan 5 ringgit atau lebih atau lebih kerana semata-untuk merokok,berapa banyak kita kita habiskan duit kita setahun.itu baru setahun merokok.kalau seumur hidup kita merokok..banyak juga kita habiskan duit kita..tak ke itu satu pembaziran..baik kita menabung..ada faedahnya..belanja kawan-kawan ke..dapat jugak pahala..

akhir sekali penulis memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan menyinggungkan hati..apa yang baik datang dari Allah dan apa yang x baik adalah kelemahan diri penulis sendiri...
semoga Allah merahmati kita semua sebagai hamba..dan semoga kita selalu bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan..sekian wassalam..

No comments: